Monday, August 23, 2010

PENTERNAKAN IKAN AROWANA DI BUKIT MERAH, PERAK

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memantau aktiviti-aktiviti berkaitan skim pelaburan secara pawah yang ditawarkan kepada orang ramai dalam ternakan ikan Arowana di Bukit Merah, Perak. 

Hasil pemantauan mendapati skim-skim pelaburan tersebut memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh seksyen 84 Akta Syarikat 1965 untuk diklasifikasikan sebagai Skim Kepentingan di bawah Akta Syarikat 1965. 

Secara amnya, Skim Kepentingan bermaksud penglibatan satu kumpulan pelabur secara kolektif dalam sesuatu kepentingan melalui sumbangan wang. Antara kriteria-kriteria yang dimaksudkan di atas adalah seperti berikut: 

(a) Peserta dikehendaki membuat bayaran kepada syarikat, sama ada secara tunai atau sebagainya untuk menyertai skim yang ditawarkan; 
(b) Peserta bukan merupakan pemegang syer dalam syarikat penganjur; 
(c) Peserta tidak terlibat dalam pengurusan skim tersebut; 
(d) Peserta mempunyai kepentingan dalam perniagaan atau skim yang ditawarkan sebagai contoh: 
(i) mempunyai kepentingan dalam keuntungan, aset atau realisasi di dalam perniagaan skim tersebut; atau 
(ii)dijanjikan pulangan atau keuntungan atau dipengaruhi untuk mengharapkan faedah daripada usaha-usaha penganjur. 

Kehendak Akta Syarikat 1965 adalah, hanya syarikat awam (berhad) sahaja yang dibenarkan menganjurkan skim kepentingan dan skim tersebut hendaklah didaftarkan di SSM serta perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, yang bertujuan untuk melindungi pelaburan yang dibuat oleh pelabur dalam aktiviti-aktiviti skim pelaburan yang ditawarkan. 

SSM mengklasifikasikan skim ternakan ikan Arowana ini sebagai skim kongsitani dan sehingga kini hanya satu skim sahaja yang didaftarkan di bawah kategori ini iaitu skim tanaman kelapa sawit. Justeru itu, mana-mana pelaburan yang dianjurkan secara pawah dalam skim ternakan ikan Arowana tidak dilindungi kerana tidak didaftarkan di SSM. 

SSM menasihatkan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan skim pelaburan secara pawah dalam penternakan ikan Arowana supaya mendaftarkan skim tersebut di SSM. Sekiranya didapati aktiviti penawaran pelaburan dalam skim tersebut masih dijalankan tanpa didaftarkan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terlibat. 

Sehubungan itu, SSM ingin menasihati orang ramai supaya tidak melabur dalam skim tersebut sehingga pihak penganjur mendaftarkan skim yang dianjurkan itu di SSM. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Kepentingan, orang ramai boleh menghubungi Seksyen Skim Kepentingan, Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran di nombor telefon seperti berikut 03-2299 4400 atau melayari laman sesawang SSM di www.ssm.com.my atau hadir ke mana-mana Pejabat Negeri SSM seluruh negara. 

MY PREMIER TRUSTEE (MALAYSIA) BERHAD

MY PREMIER TRUSTEE (MALAYSIA) BERHAD (Company No. 719395-T) (“MPT”) was incorporated on December 28, 2005 and registered as a Trust Corporation under the Trust Companies Act, 1949 on October 25, 2007. The key officers of MPT consist of professionals who are vastly experienced with high expertise in the trust industry.

With these strengths, MPT is committed to offer a wide range of Trust Management Products and Services to both its corporate and individual clients. We at MPT, envision to build and maintain a continuous and mutually beneficial relationship with our clients. MPT’s focus is on reliability, integrity and efficiency.

MPT places great importance on continuous professional, superior and personal services for the benefit of its clients. With the current complex financial and regulatory environment, there are many challenges faced by both corporate bodies and individuals. MPT’s goal is always to identify sound solutions which meets, each of its client’s special needs and objectives in overcoming and simplifying such challenges.

MPT designs solutions by listening to its clients and carefully providing sound advice, in order to strategically apply its expertise and experiences through its Trust Management Products and Services.